Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Beijing tambah kapasiti ujian saringan Covid-19
  • GLOBAL

Beijing tambah kapasiti ujian saringan Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
BEIJING memperluaskan ujian saringan di bandar dengan penduduk seramai 20 juta orang itu sejak kluster baharu dikesan di pasar borong makanan seminggu lalu. • Foto AFP

BEIJING: Beijing mampu melakukan ujian saringan Covid-19 sebanyak satu juta individu setiap hari ketika mana seluruh bandar itu berusaha mengekang penularan baharu.

Beijing memperluaskan ujian saringan di bandar dengan penduduk seramai 20 juta orang itu sejak kluster baharu dikesan di pasar borong makanan seminggu lalu.

Penularan itu yang pertama di Beijing dalam beberapa bulan.

Ia kini melepasi jumlah puncak sebelumnya di bandar itu pada awal Februari.

Ujian saringan Covid-19 pada mulanya difokuskan pada mereka yang bekerja atau berbelanja di pasar Xinfadi atau tinggal di sekitarnya.

Namun, ia diperluas untuk merangkumi penduduk di bahagian lain bandar itu serta pekerja penghantaran makanan dan bungkusan.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Beijing, Gao Xiaojun berkata sejak penularan baharu ini, kapasiti ujian telah meningkat dua kali ganda lebih dari 230,000 setiap hari di 124 institut.

Gao berkata, wilayah termasuk Hubei dan Liaoning menghantar 200 pekerja makmal ke Beijing untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan virus itu.-AFP

Continue Reading

Previous: Rusuhan ganas di Jerman
Next: TIKAM RAMBANG RAGUT TIGA NYAWA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.