Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa kawasan Ulu Sangan, Ulu Muput dilanda banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa kawasan Ulu Sangan, Ulu Muput dilanda banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
BEBERAPA kawasan di Tatau dinaiki air selepas hujan lebat berterusan, memaksa pasukan penyelamat meningkatkan usaha pemantauan dan bantuan kecemasan.

TATAU: Beberapa kawasan di Ulu Sangan dan Ulu Muput dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi, walaupun paras air di Batang Anap, Kakus serta Kampung Dagang Tatau mula surut sejak pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau, Calvin Ligong berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan berkaitan banjir dan kejadian tanah runtuh di daerah itu.

“Kami akan menjalankan pemantauan segera bagi memastikan keselamatan penduduk dan menilai tindakan lanjut,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas perkembangan banjir bersama pihak bomba dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau, hari ini.

Turut hadir, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian, Pegawai PBT II Heruddin Ealhi, serta ASP Kisam Wa yang mewakili Ketua Polis Daerah Tatau.

Dalam insiden berasingan, tiga keluarga di KM 6, Jalan Sangan terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tatau manakala satu keluarga lagi berpindah ke rumah saudara terdekat selepas kediaman mereka terancam akibat tanah runtuh.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.57 malam dan bergegas ke lokasi sebelum mengesahkan tiga rumah terjejas.

Mangsa dipindahkan ke PPS pada 12.59 pagi bagi mengelakkan risiko lebih besar.

JPBD Tatau sedang menjalankan pemantauan rapi terhadap kawasan berisiko tinggi, sementara penduduk dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan semakin buruk.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Daerah Tatau hargai usaha JPBD
Next: Bomba pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.