Beberapa kawasan rendah, tebingan sungai Bahagian Sibu, Kapit dinaiki air

Facebook
WhatsApp
BANJIR… Gambar yang dikongsikan oleh orang ramai menunjukkan keadaan banjir berhampiran Jambatan Durin menyebabkan para pengguna jalan raya terperangkap di kawasan tersebut, pagi tadi.

SIBU: Hujan berterusan tanpa henti menyebabkan beberapa kawasan rendah dan tebingan sungai di bahagian Sibu dan Kapit dinaiki air sejak semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menerusi kenyataannya sebentar tadi memberitahu, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir baharu dibuka di kedua-dua bahagian terbabit.

PPS tersebut ialah Balai Raya Song menempatkan seramai 60 KIR dan 198 mangsa, Asrama Belia Kapit (6 KIR, 31 mangsa), Dewan Kompleks Sukan Kanowit (11 KIR, 38 mangsa) dan Dewan Komuniti Sibu Jaya (1 KIR, 7 mangsa).

Satu PPS tanah runtuh dibuka iaitu Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya Teku, Sibu (10 KIR, 43 mangsa).

Terdapat penambahan KIR dan jumlah mangsa di PPS Balai Raya Song, PPS Asrama Belia Kapit dan PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit.

Oleh Akun Giman