Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul

Facebook
WhatsApp
BEBERAPA individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul. Foto agensi

ISTANBUL: Beberapa individu dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan di tengah Istanbul pada Ahad, lapor Xinhua memetik penyiar tempatan NTV.

Menurut NTV, kejadian berlaku di daerah Fatih di bahagian Eropah bandar itu. Rakaman langsung dari lokasi kejadian menunjukkan sejumlah anggota bomba, pasukan perubatan dan unit polis telah dikerahkan, manakala usaha menyelamat mangsa yang terperangkap masih dijalankan.

Jumlah sebenar individu yang masih berada di bawah runtuhan masih belum dapat dipastikan. Setakat ini, dua individu telah diselamatkan dan dikejarkan ke hospital berhampiran, menurut NTV.

– Bernama

Warga media Sarawak hargai insentif RM700

KUCHING, 21 Oktober: Pengamal media di Sarawak menyifatkan pemberian insentif sekali bayar sebanyak RM700 menerusi Belanjawan Sarawak 2027 sebagai pengiktirafan