Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa bahagian Jalan Chiu Kung perlu penyelenggaraan segera – Soon Koh
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa bahagian Jalan Chiu Kung perlu penyelenggaraan segera – Soon Koh

Utusan Sarawak 7 months ago

DATO Sri Wong Soon Koh (empat, kanan) ketika meninjau bahagian Jalan Chiu Kung yang ditenggelami air, kelmarin.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menjalankan penyelenggaraan di beberapa bahagian di Jalan Chiu Kung.

Beliau menegaskan bahawa penyelenggaraan ini adalah penting bagi mengatasi masalah mendapan jalan yang sering berlaku akibat banjir.

“Meskipun usaha menaikkan paras jalan telah dilakukan berkali-kali tetapi banjir tetap juga berlaku,” katanya semasa meninjau kawasan yang terjejas bersama JPS pada Rabu.

Menurut Wong, masalah banjir di kawasan tersebut bukan sahaja disebabkan oleh air pasang, tetapi juga berpunca daripada sistem perparitan yang tidak memadai.

Justeru, beliau memohon JPS Sibu untuk membersihkan longkang di tepi jalan dan mencari penyelesaian yang sesuai untuk membina sistem perparitan baharu bagi menangani masalah air bertakung.

“Seluruh Jalan Chiu Kung dibina di atas tanah gambut, yang memerlukan penyelenggaraan berterusan,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM musnahkan lebah bersarang di dahan pokok
Next: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu rancang pasang CCTV di taman rekreasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.