Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BDFA tangguh liga
  • SUKAN

BDFA tangguh liga

Utusan Sarawak 5 years ago

PERSATUAN Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) mungkin mengambil pendekatan terbaik, mungkin menangguh penganjuran Liga Betong 2020 ke satu tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.

Presiden BDFA, Kaunselar Abang Suhordie Abang Zaini menjelaskan, sekiranya situasi masih belum selamat sepenuhnya.

Pihaknya kata Abang Suhordie, terpaksa melakukan tindakan tersebut mengambil kira kepentingan kesihatan serta keselamatan semua pihak.

“Kita mungkin menangguhkan liga tahun ini sekiranya situasi masih belum selamat sepenuhnya.

“Keselamatan serta keutamaan kesihatan semua pihak antara yang dititikberatkan dalam keadaan situasi yang melanda negara dan seluruh dunia ketika ini,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu.

Tambah Abang Suhordie, pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan segala perkara berkaitan.

“Kita akan mengadakan mesyuarat bersama barisan exco yang lain, dan mungkin keputusannya akan dapat diketahui kelak,” jelas beliau lagi.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Sesi latihan bermula Ogos
Next: VAR bantu Man United benam Villa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.