Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA ajak penduduk sertai aktiviti gotong-royong esok
  • Tengah
  • WILAYAH

BDA ajak penduduk sertai aktiviti gotong-royong esok

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengajak seluruh penduduk setempat untuk menyertai aktiviti gotong-royong yang akan diadakan esok, bermula 9.00 pagi.

Lima kawasan yang dikenal pasti memerlukan pembersihan pasca banjir ialah Bukit Orang, RPR Sebiew A, Desa Damai, Taman Jason dan Bandar Jaya.

Menurut kenyataan daripada  BDA, program itu bukan sahaja bertujuan membersihkan sisa-sisa sampah akibat banjir, tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan kejiranan serta memupuk semangat kesukarelaan dalam kalangan masyarakat.

“Kami mengalu-alukan penyertaan daripada penduduk setempat, sukarelawan, NGO, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan serta individu yang ingin menyumbang tenaga.

“Setiap usaha anda amat dihargai dalam menjayakan gotong royong ini yang bertujuan untuk membersihkan sisa-sisa sampah pasca banjir,” katanya.

Semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.

Melalui usaha bersama, perubahan positif dapat dicapai demi kesejahteraan komuniti.

Penyertaan aktif daripada penduduk setempat bersama keluarga dan rakan-rakan bukan sahaja membantu meningkatkan kebersihan kawasan, tetapi juga memupuk semangat kerjasama serta keharmonian dalam masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 50 warga UTS sertai program ‘Aram Beserakup’ di Rumah Achan Rangkong
Next: APM dalam usaha tambah sebuah pejabat baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.