BBP Sarikei terap kesedaran kebakaran kepada masyarakat

Facebook
WhatsApp
ANTARA pengisian aktiviti yang dijalankan di program kesedaran kebakaran dan asas pertolongan cemas. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menyertai program kesedaran kebakaran dan asas pertolongan cemas di Rumah Patrik, Jalan Kim San, semalam.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, program tersebut merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Masyarakat MADANI Sarikei. 

“Selain pihak kami, turut diundang ke program ini adalah pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei. 

“Antara pengisian program adalah ceramah asas pertolongan cemas daripada pihak APM Sarikei dan ceramah keselamatan kebakaran oleh pihak kami,” katanya ketika dihubungi. 

ANTARA pengisian aktiviti yang dijalankan di program kesedaran kebakaran dan asas pertolongan cemas. Foto BBP Sarikei 

Tambahnya, pihaknya turut mengadakan demonstrasi alat pemadam api dan kebakaran dapur. 

“Sebanyak tujuh buah rumah panjang telah menerima alat pemadam api sumbangan Persatuan Kebajikan Masyarakat MADANI Sarikei,” katanya. 

Turut hadir Setiausaha Persatuan Kebajikan Masyarakat MADANI Sarikei, Bruce Lee.

Oleh Earl Anek