BBP Sarikei jalankan operasi sanitasi bas

Facebook
WhatsApp
OPERASI NYAHCEMAR Anggota bomba menjalankan operasi sanitasi sebaik sahaja bas tiba di Dewan Suarah Sarikei.

EARL ANEK

SARIKEI: Seramai 36 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tiba di Dewan Suarah Sarikei pada malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Kesemua pelajar tersebut dihantar balik menggunakan dua buah bas dari Kuching.

Dari jumlah tersebut, 19 pelajar tiba di Dewan Suarah Sarikei menggunakan sebuah bas pada jam 10 malam kelmarin dan 17 pelajar lagi pada jam 1.30 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba menjalankan operasi sanitasi bas tersebut setibanya di Dewan Suarah Sarikei.

“Bas pertama tiba pada jam 10 malam dan operasi sanitasi dilakukan di dalam bas, ruang tempat barang, papan pemuka bas dan tempat menyimpan barang di bawah dan di bahagian luar bas.

“Seramai empat anggota bomba bertugas menjalankan operasi sanitasi yang diketuai PBK II Bakar Ujang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.
Tambahnya, bas kedua yang tiba pada jam 1.30 pagi semalam turut disanitasi setibanya di Dewan Suarah Sarikei.

Agensi penguatkuasa yang turut berada di Dewan Suarah Sarikei ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PDRM, RELA, kakitangan pejabat daerah dan kakitangan Dewan Suarah Sarikei.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang