BBP Lutong laksana aktiviti keceriaan sempena program EKSA

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Pasukan Bravo dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah melaksanakan aktiviti keceriaan balai sebagai sebahagian daripada program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di balai berkenaan.

Aktiviti  itu melibatkan kerja-kerja melukis arca atau monumen bertemakan ‘I ❤️ Lutong’ di kawasan balai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, berkata aktiviti berkenaan bertujuan menceriakan persekitaran balai di samping menggalakkan semangat berpasukan dalam kalangan anggota.

“Program itu merupakan sebahagian daripada usaha EKSA untuk menjadikan balai lebih mesra dan menarik kepada masyarakat.

“Selain untuk menarik ramai masyarakat datang ke BBP Lutong, saya bersama anggota ingin menceriakan balai kerana Balai Bomba dan Penyelamat Lutong adalah rumah kedua kami,” katanya semasa dihubungi.

Oleh Liong Chai Ling