Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor jalankan rondaan pemantauan
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor jalankan rondaan pemantauan

Utusan Sarawak 2 months ago

PANTAU… Anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan di tebingan Sungai Rajang pada malam tadi.

BINTANGOR: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir di sini, malam tadi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pemantauan paras air dijalankan di tebingan Sungai Rajang.

“Rondaan pemantauan monsun timur laut dijalankan oleh dua orang anggota bomba bertugas.

“Pemantauan bermula dari 11.00 malam hingga 11.30 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sepanjang rondaan, keadaan paras air adalah terkawal dan cuaca baik.

“Air sungai sedang pasang semasa anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan tersebut.

“Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku seoanjang rondaan pemantauan,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 masjid, surau, 100 pelajar terima sumbangan
Next: Perkhidmatan bas ekspres Sibu ke Kapit kembali beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.