Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BBP Betong terima laporan kebakaran palsu
  • TEMPATAN

BBP Betong terima laporan kebakaran palsu

Utusan Sarawak 5 years ago
PEGAWAI OPERASI BBP BETONG…PBK1 Henry Jugah

ADI SAFARMAN

BETONG: Satu laporan palsu yang dibuat oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab berhubung kebakaran rumah panjang sangat mengecewakan pihak Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong.

Pegawai Operasi, BBP Betong, PBK1 Henry Jugah berkata, laporan melalui telefon itu yang mendakwa berlaku kejadian litar pintas di rumah panjang Kasa, Ijok, Spak dekat sini sekitar jam 10.52 malam, pada Ahad lalu.

“BBP Betong yang menerima laporan bertindak segera ke lokasi yang dimaklumkan dengan pantas menggunakan tiga kenderaan utama jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania, Khidmat Penyelamatan Kecemasan Medikal (EMRS) dan pacuan empat roda.

“Namun, semangat membantu setiap anggota lenyap apabila tiada kejadian seperti yang dimaklumkan dan hanya satu laporan palsu,” ujarnya kepada media semalam.

Beliau yang turut turun padang selaku Komander Operasi terkilan setelah mengetahui laporan yang diterima merupakan satu pembohongan.

“Kami bergegas ke tempat yang dilaporkan namun setibanya kami dilokasi terbabit tiada apa-apa kejadian litar pintas seperti yang dilaporkan.

“Penghuni rumah panjang juga terkejut dengan kedatangan kami kerana mereka tiada maklum mengenai kejadian seperti yang dilaporkan.

“Tuai rumah Kasa yang dimaklumkan tentang laporan bertindak membuat pemeriksaan di sekeliling rumah panjang bersama penghuni yang lain untuk memastikan tiada kebakaran litar pintas,” katanya.

“Kami amat kecewa dengan laporan yang disampaikan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mempermainkan pihak kami dan seolah-olah mempersendakan seluruh anggota bomba,” ujarnya.

“Saya berharap kepada individu yang terbabit supaya jangan membuat panggilan palsu kerana tindakan anda amat merugikan kepada semua pihak.

“Sekiranya berlaku kejadian atau musibah di tempat lain dan pada masa yang sama kami berada di lokasi yang jauh tentu ia amat menyedihkan kerana kami terpaksa berulang alik dari lokasi yang sia-sia.

“Buat panggilan yang betul-betul kecemasan sahaja,” katanya.

Continue Reading

Previous: 20 individu ditahan kunjungi bistro
Next: JBPM bantu tangkap ular tedung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.