Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu perkasa inisiatif hijau
  • TEMPATAN

Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu perkasa inisiatif hijau

Utusan Sarawak 3 months ago
JUADAH MENARIK… Datuk Rubiah Wang melihat sendiri juadah yang dijual di Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama Persatuan Penjaja Uptown Desa Ilmu menganjurkan Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu pada tahun ini, melibatkan seramai 112 penjaja.

Bazar ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

Objektif utama penganjuran bazar ini adalah untuk mempromosi kawasan bazar Ramadan dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) serta meningkatkan kesedaran awam mengenai usaha dan inisiatif Kerajaan Sarawak ke arah ‘Green Market’ sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Sebagai langkah mengurangkan penggunaan beg plastik, MPKS menggalakkan pengunjung membawa beg sendiri dengan memberi beg guna semula kepada 300 pengunjung pertama.

Dalam usaha memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin, MPKS turut melaksanakan program kesedaran kebersihan dan keselamatan pengendalian makanan.

Selain itu, pihak Bank Rakyat Cawangan Kota Samarahan telah menyumbangkan apron dan topi kepada semua penjaja sebagai sebahagian daripada inisiatif kebersihan.

Bazar Ramadan ini akan beroperasi dari 3.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang Ramadan.

MPKS turut bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Pejabat Daerah Samarahan, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dan Bank Rakyat Cawangan Kota Samarahan.

Turut hadir Pengerusi MPKS Dato Peter Minos, Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat, Pegawai Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak, Setiausaha MPKS Gustian Durani dan Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peniaga gerai, tepi jalan diberi kelonggaran
Next: Bazar Ramadan terus ‘diserbu’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.