Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Ramadan SEDC 2025 perkasa SME, rancakkan ekonomi tempatan
  • TEMPATAN

Bazar Ramadan SEDC 2025 perkasa SME, rancakkan ekonomi tempatan

Utusan Sarawak 2 months ago
DATU Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir memotong reben sempena simbolik perasmian Bazar SEDC 2025 di UTC Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) sekali lagi menganjurkan Bazar Ramadan SEDC 2025 sebagai platform memperkasakan usahawan kecil dan sederhana (SME) serta merancakkan ekonomi tempatan.

Bazar yang berlangsung dari 27 Februari hingga 27 Mac ini dirasmikan oleh Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir di Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, hari ini.

Enam lokasi strategik di seluruh Sarawak telah dipilih bagi penganjuran bazar ini, iaitu UTC Kuching, UTC Sibu, Menara SEDC Kuching, Medan Niaga Sri Aman serta Medan Niaga BGS di Boyan dan Gersik.  

DATU Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir menyampaikan apron kepada para peniaga Bazar Ramadan SEDC 2025 di UTC Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Seramai 49 usahawan tempatan terlibat dalam bazar ini, yang bukan sekadar menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa berkualiti, tetapi juga sebagai wadah memperkukuh jaringan komuniti dan memberi peluang kepada peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka.  

Menurut SEDC, inisiatif ini tidak hanya terhad pada Ramadan sahaja dan ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan usahawan kecil dan sederhana terus berkembang melalui platform strategik, sokongan dan persekitaran niaga yang kondusif.  

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Bazar Ramadan SEDC 2025 bagi menikmati hidangan berbuka puasa sambil menyokong perniagaan tempatan serta menyumbang kepada ekosistem keusahawanan yang lebih mampan di Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Immediate action required ensuring the safety of residents in Lorong Sherip Masahor 3
Next: Integriti dalam belia tunjang keharmonian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.