Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
  • NASIONAL

Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam

Utusan Sarawak 12 months ago

CHUKAI: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi seberat tiga kilogram (kg) dan cukup sifat itu ditemukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.  

“Bayi itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

“Saya meminta kerjasama klinik swasta dan kerajaan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada menerima kes wanita baru melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, pemilik kedai ayam berkenaan Raja Mahidi Raja Ayub, 38, berkata bayi berkenaan  ditemukan dalam keadaan sudah tertanggal tali pusat dan menggigil kesejukan.

“Pada mulanya pemandu lori berkenaan menyangka tangisan bayi itu datang daripada anak kucing. Selepas diperiksa dia terkejut bayi itu ditemukan atas lantai dengan hanya beralaskan baju.

“Tahun lepas pernah berlaku insiden sama di kawasan ini tetapi melibatkan bayi perempuan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Next: Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.