Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bayi dua tahun antara lima maut nahas dua kereta
  • KEMALANGAN

Bayi dua tahun antara lima maut nahas dua kereta

Utusan Sarawak 2 years ago
TRAGIS… Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Tamin, Sibu, hari ini.
 

SIBU: Lima individu termasuk seorang bayi berusia dua tahun dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Tamin di sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak mangsa yang maut dikenali sebagai Alicesha Bathrish Langi, 24; Allesandro Collin Stewart, 2; Marcos Marican, 26; Marican@Langkan Legi, 61.

Bagaimanapun, maklumat mengenai seorang lagi mangsa maut belum diketahui setakat ini.

Katanya, lima lagi cedera dalam nahas yang berlaku sekitar 10.00 pagi tadi.

“Nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan Kia Sportage. Dua mangsa yang maut menaiki Myvi manakala tiga lagi mangsa maut menaiki Kia Sportage.

“Pihak Bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di dalam Myvi dan seorang lagi mangsa tersepit di dalam Kia Sportage.

“Empat mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala bayi lelaki berusia dua tahun disahkan meninggal di Klinik Selangau.

“Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Klinik Selangau untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya dalam kenyataan media.

Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Continue Reading

Previous: Dua parah motosikal bertembung kereta
Next: Guna kain basah padam kebakaran sebelum bomba tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.