Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bayern sambar tiga trio
  • SUKAN

Bayern sambar tiga trio

Utusan Sarawak 5 years ago
ERIC Maxim Choupo-Moting

BAYERN Munich menyambar tiga pemain pada hari terakhir jendela perpindahan semalam diketuai sayap Juventus, Douglas Costa dan penyerang Cameroon, Eric Maxim Choupo-Moting dari Paris Saint-Germain (PSG).

Kedua-dua pemain tersebut menandatangani kontrak setahun bersama sang juara.

Sementara itu juara Eropah itu juga memperkuatkan bahagian pertahanan dengan menyambar pertahanan kanan Perancis, Bouna Sarr untuk tempoh empat tahun.

Bayern sebelum ini sudah melengkapkan perpindahan pemain tengah Espanyol, Marc Rona dengan menawarkan kontrak lima tahun hujung minggu lalu.

Saar melakukan 181 penampilan buat Marseille, termasuk pada final Liga Europa, yang menyaksikan wakil Perancis itu kalah kepada Atletico Madrid.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, ia bagaikan impian menjadi kenyataan dapat menyertai Bayern.

Sementara itu pemain sayap antarabangsa Belanda, Justin Kluivert melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama setahun dari AS Roma ke RB Leipzig, selepas kedua-dua kelab berkenaan mengumumkan beberapa jam sebelum jendela perpindahan tutup.

Pemain berusia 21 tahun dan anak kepada bekas penyerang Belanda, Patrick Kluivert tiba di Rome dua tahun lalu dan masih memiliki kontrak sehingga 2023.

Dia menjaringkan sembilan gol dalam 68 perlawanan bersama Roma dan keseluruhan pemain selama 18 minit dalam tiga aksi liga Itali musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Juventus beli Chiesa RM293 juta
Next: Aidil Sharin belum putuskan masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.