Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
  • NASIONAL

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Batik Air hari ini mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha di China.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata penerbangan baharu tersebut akan bermula pada Mac 2025, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan China sambil meningkatkan peluang bagi pelancongan dan perdagangan.

Penerbangan sulung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing dijadualkan pada 21 Mac 2025, dan akan beroperasi tiga kali seminggu.

Bagi penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua pula akan bermula pada hari berikutnya, yang menawarkan empat penerbangan seminggu.

Batik Air berkata bandar-bandar ini akan menjadi destinasi ketujuh dan kelapannya di China menambah kepada laluan sedia ada syarikat penerbangan itu ke Chengdu, Guangzhou, Haikou, Kunming, Zhangjiajie, dan Zhengzhou.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chandran Rama Muthy menekankan kepentingan strategik laluan baharu itu, dengan menyatakan Beijing dan Changsha adalah destinasi utama yang sejajar dengan visi syarikat penerbangan tersebut untuk menghubungkan orang ramai, budaya dan peluang di seluruh Asia.

“Laluan baharu ini menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan sambungan yang lebih luas dan lebih banyak pilihan perjalanan sambil meningkatkan pelancongan dan perdagangan antara Malaysia dan China,” katanya. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan 
Next: Upacara keagamaan, aktiviti riadah bersama keluarga meriahkan sambutan Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.