Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan susulan ketegangan meningkat
  • SEMASA

Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan susulan ketegangan meningkat

Utusan Sarawak 2 days ago

PUTRAJAYA: Batik Air hari ini, mengumumkan pembatalan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India untuk hari ini dan esok, susulan situasi berterusan antara dua negara tersebut. 

Penerbangan terlibat ialah:

LAHORE (LHE)

– KUL-LHE (OD 131), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 5.35 petang 

– LHE-KUL (OD 132), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 9.35 malam

AMRITSAR (ATQ)

– KUL-ATQ (OD 271), 7 Mei, waktu berlepas 6.40 petang

– ATQ-KUL (OD 272), 7 Mei, waktu berlepas 11.05 malam

Menerusi kenyataan hari ini, Batik Air memaklumkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal mereka, kekal menjadi keutamaan paling tinggi.

“Batik Air memantau situasi dengan teliti dengan koordinasi bersama pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kemas kini sebaik sahaja maklumat baharu diterima. Kami memohon maaf atas kesulitan dan menghargai pemahaman anda,” menurut kenyataan itu. 

Ketegangan antara dua negara berjiran itu meningkat sejak bulan lepas dan bertambah awal Rabu, dengan kedua-dua pihak dilaporkan melancarkan serangan udara rentas sempadan. 

Tentera India dan Pakistan juga dilaporkan berbalas tembakan di sepanjang Garis Kawalan yang membahagikan wilayah Kashmir.  – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemilihan PKR: Nurul Izzah akan buat keputusan terbaik
Next: Syarikat penerbangan ubah laluan susulan penutupan ruang udara Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.