Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Batal lesen kelab malam,pub ingkar PKPP
  • NASIONAL

Batal lesen kelab malam,pub ingkar PKPP

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 1 Sept -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Perdana Putra hari ini.?Malaysia akan menyekat kemasukan pemegang pas jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina bermula 7 Sept ini berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negara-negara berkenaan.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??PUTRAJAYA, Sept 1 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a daily press conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO), at Perdana Putra Building today.?Malaysia will block the entry of long-term pass holders from India, Indonesia and the Philippines starting from Sept 7 due to the sharp increase in positive COVID-19 cases in those countries.?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

SIDANG MEDIA… Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pemilik kelab malam dan pub yang beroperasi tanpa kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal berdepan tindakan tegas termasuk dihadapkan ke mahkamah dan pembatalan lesen operasi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, subsektor itu masih dikategorikan sebagai aktiviti yang dilarang sepanjang PKPP dan tindakan boleh diambil menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Susulan tangkapan individu ingkar PKPP bagi kesalahan aktiviti di kelab malam dan pub meningkat, Polis Diraja Malaysia akan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam semua serbuan dan pemeriksaan ke atas premis berkenaan, katanya dalam sidang media perkembangan PKPP di sini semalam.

“Sekiranya ada tangkapan dalam serbuan di kelab malam dan pub tanpa penglibatan PBT, senarai premis terbabit  akan diserahkan kepada PBT,” katanya lagi. – Bernama

Beliau berkata tindakan itu bagi membolehkan pembatalan lesen operasi premis terbabit.

Langkah ini dilihat perlu kerana masih ada   pemilik pub dan kelab malam yang berdegil dan beroperasi tanpa kebenaran  sekalipun tahu aktiviti perniagaan tersebut masih dilarang, katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan daripada 778 individu yang ditahan kerana ingkar PKPP semalam, 600 adalah bagi kesalahan aktiviti di kelab malam dan pub.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Polis tumpas sindiket judi dalam talian
Next: Isnin catat jumlah ingkar PKPP tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.