Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bas bawa pelajar UNIMAS disanitasi
  • TEMPATAN

Bas bawa pelajar UNIMAS disanitasi

Utusan Sarawak 5 years ago
NYAHCEMAR…Anggota bomba menjalankan proses sanitasi di dalam dan
luar bas yang tiba di Dewan Suarah Sarikei, awal pagi semalam.

EARL ANEK

SARIKEI: Sebuah bas yang membawa 19 orang pelajar UNIMAS  dari Kota Samarahan, Kuching disanitasi setibanya di Dewan Suarah Sarikei.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, 19 orang pelajar tersebut terdiri dari 13 orang lelaki dan 6 orang perempuan.

“Seramai tiga anggota bomba diketuai oleh PBK II Unjah Janggau bertugas menjalankan operasi sanitasi bas tersebut pada jam 12.20 awal pagi semalam.

“Penyemburan dilakukan di dalam bas, ruang tempat barang, papan pemuka bas dan tempat menyimpan barang di bawah dan di bahagian luar bas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.

Katanya, operasi sanitasi tamat pada jam 12.45 awal pagi semalam.

Agensi yang turut berada dilokasi ialah pihak KKM, PDRM, kakitangan Pejabat Daerah Sarikei, RELA dan kakitangan Dewan Suarah Sarikei.

Continue Reading

Previous: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang
Next: Ribut kuat, tiga rumah terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.