Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Baru Bian sokong jenamakan semula Ba’kelalan kepada Gunung Murud
  • SEMASA

Baru Bian sokong jenamakan semula Ba’kelalan kepada Gunung Murud

Utusan Sarawak 6 months ago
SOKONG USUL… ADUN Bakelalan Baru Bian menyokong penjemanaan semula kerusi Ba’kelalan kepada Gunung Murud.

LAWAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baru Bian mengalu-alukan cadangan penjenamaan semula kerusi DUN Ba’kelalan kepada DUN Gunung Murud.

Menurutnya, penjenamaan kerusi berkenaan kepada Gunung Murud lebih mencerminkan keseluruhan kawasan dalam DUN Ba’kelalan.

“Saya tidak ada bantahan atas penukaran nama kepada Gunung Murud, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, usul penjenamaan semula kerusi DUN Ba’kelalan kepada Gunung Murud telah dikemukakan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’kelalan pada mesyuarat perwakilan parti berkenaan di Lawas, Sabtu lalu.

Ujarnya, Mesyuarat Parti PBB Cawangan Ba’kelalan melihat nama Gunung Murud lebih sesuai berbanding Ba’kelalan yang hanya merupakan sebuah kampung di kawasan berkenaan.

DUN Ba’kelalan, jelasnya, terdiri daripada sembilan kampung besar dari Ulu Trusan, Jalan Trusan, Kampung Gaya, Long Tuma, Long Sukang, Long Semadoh hingga ke Ba’kelalan.

Kerusi DUN ini, jelasnya lagi, pernah diwakili oleh mendiang Datuk Dr Judson Sakai Tagal diikuti Datuk Balang Rining daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang kini dikenali sebagai Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada 2011 hingga kini, kerusi DUN Ba’kelalan telah dimenangi oleh Baru Bian daripada PDP yang sebelum ini merupakan ahli Parti Pakatan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kuasa veto UNSC perlu lebih inklusif
Next: Diva Ismayana dari Indonesia juara kategori Motocross Open MX1 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.