Barisan Kabinet Biden diumum

Facebook
WhatsApp
PASUKAN pengurusan Biden turut umum beliau mahu mengecilkan majlis pelantikan rasminya susulan pandemik Covid-19. • Foto AFP

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dijangka umum barisan Kabinet baharunya hari ini.

Pasukan pengurusan Biden turut umum beliau mahu mengecilkan majlis pelantikan rasminya susulan pandemik Covid-19.

Biden meneruskan proses pembentukan pasukan pentadbirannya biarpun Donald Trump masih belum mengaku kalah dalam pilihan raya.

Sejak Biden diisytihar pemenang pilihan raya presiden, Trump melancarkan saman sivil untuk mencabar keputusan itu.

Keengganan Trump menerima keputusan akan melambatkan proses peralihan kuasa kepada Biden.

Manakala tanpa proses peralihan rasmi, Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI tidak boleh melaksanakan pemeriksaan latar belakang ke atas barisan Kabinet.

Biden dijangka angkat sumpah rasmi pada 20 Januari.-AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos