Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Barangan bernilai RM35,000 lesap, kedai aksesori dipecah masuk
  • TEMPATAN

Barangan bernilai RM35,000 lesap, kedai aksesori dipecah masuk

Utusan Sarawak 5 years ago
DIPECAHKAN … Dinding belakang kedai yang dipecah sebagai jalan masuk pencuri di salah sebuah kedai aksesori di Kuching, semalam.

CONNIE CHIENG

KUCHING: Sebuah kedai aksesori memancing di Jalan Bayang, Taman Sasa dipecah masuk pada Rabu dengan jumlah kecurian sebanyak RM35,000.

Pemilik kedai berkata beliau membuka kedai pada jam 9.00 pagi di Kim Ho Fish Tackle di pusat komersil Sentosa dan mendapati bahawa dinding di belakang kedai dipecah masuk dan keadaan kedai adalah berselerak.

Beliau berkata daripada siasatan awal, antara barang yang hilang adalah tali pancing, batang pancing, mesin pancing dan wang tunai sejumlah lebih kurang RM300 yang disimpan di dalam laci meja.

Kedai tersebut biasanya bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semua barangan yang dipamer di kedai hilang dan tidak ada paparan CCTV di dalam.

Polis percaya bahawa pencuri menggunakan gerudi untuk memecah masuk menerusi dinding belakang kedai. Kes masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Bomba bantu tangkap ular masuk dapur
Next: 79 anak yatim terima sumbangan SEDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.