Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bapa, anak cedera lori terbabas ke dalam gaung
  • KEMALANGAN

Bapa, anak cedera lori terbabas ke dalam gaung

Utusan Sarawak 7 months ago

TERBABAS....Lori penunda terbabas ke dalam gaung ketinggian lima meter dari jalan raya di Jalan Kanowit-Julau, malam tadi.

SIBU: Bapa dan anak lelaki cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Kanowit-Julau, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 9.30 malam.

“Setiba di lokasi kejadian komander operasi melakukan pemeriksaan, didapati sebuah kenderaan lori penunda telah terbabas ke dalam gaung ketinggian lima meter dari jalan raya.

“Terdapat dua orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa (bapa), 50, dan seorang remaja lelaki (anak),14, mengalami kecederaan pada anggota badan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans Klinik Kesihatan Julau untuk rawatan susulan.

“Pasukan bomba tiada melakukan kerja-kerja penyelamatan dan hanya membuat pemantauan di sekitar kawasan kemalangan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kereta terbabas, hilang kawalan
Next: Dua cedera pikap terbabas ke dalam parit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.