Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan untuk persiapan raya dan gawai
  • TEMPATAN

Bantuan untuk persiapan raya dan gawai

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAH… Awla Dris (kiri) menyerah barangan bantuan kepada wakil kampung terlibat.

SIMUNJAN: Keceriaan menyelubungi masyarakat di Daerah Simunjan terutama bagi mereka yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini dan Perayaan Gawai Dayak tidak lama lagi.

Ia berikutan adanya sumbangan barangan keperluan makanan yang diagih kepada mereka.

Bantuan berkenaan merupakan inisiatif dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri merangkap Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris.

Menurut Awla Dris, sumbangan berupa barangan keperluan asas itu diharap dapat meringankan persediaan penduduk setempat dalam menyambut perayaan masing-masing (Hari Raya Aidilfitri & Perayaan Gawai Dayak).

“Ini merupakan bantuan susulan kepada penduduk setempat sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dan yang paling pentingnya, dengan adanya bantuan ini akan dapat meringankan sedikit beban mereka sekali gus persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Gawai Dayak,” ujar Awla ketika mengulas mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sejumlah 3,000 buah rumah di kawasan berkenaan menerima bantuan tersebut.

Tegas beliau, dengan adanya barangan keperluan diharap dapat menambah keceriaan penduduk untuk menyambut perayaan masing-masing.

Continue Reading

Previous: Permintaan tinggi buluh lemang
Next: Tiada kenaikan harga ayam sempena perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.