Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan diterbangkan ke Mulu
  • TEMPATAN

Bantuan diterbangkan ke Mulu

Utusan Sarawak 5 years ago

JIKU JUGUONG

MARUDI : Sebanyak 65 pek seberat 975 kilogram bantuan bekalan makanan dihantar ke daerah kecil Mulu menggunakan perkhidmatan penerbangan helikopter bomba semalam.

Menurut sumber daripada jawatankuasa bencana daerah Marudi ketika dihubungi menyatakan bantuan tersebut dihantar kepada 65 Ketua Isi Rumah (KIR) adalah bantuan tambahan kepada KIR yang tercicir sebelum ini.

Sementara itu Pegawai Bomba Zon Miri, PgKB1 Law Poh Kiong dalam kenyataannya, misi pengtantaran bekalan makanan kepada penduduk di Mulu yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3 di daerah kecil Mulu.

Seramai enam orang anggota bomba dari pangkalan operasi udara Miri terlibat dalam operasi penghantaran bantuan tersebut.

Manakala lapan orang dari pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi terlibat membantu dalam misi berkenaan diketuai Ketua Balai, PPgB Maureen Sim Ah Lian.

Bekalan makanan berkenaan dihantar menggunakan dua penerbangan iaitu penerbangan pertama mengangkut 30 pek seberat 350 kilogram sementara penghantaran kedua mengangkut 35 pek seberat 525 kilogram.

Bahan makanan dalam pek tersebut ialah 1 pek beras (10kg), gula (2kg), minyak masak (2 kg) dan mee segera (10 bungkus).

Continue Reading

Previous: MBKS agih penutup mulut, hidung kepada tujuh zon
Next: Semua KIR terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.