Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan asas mula diedarkan di Sarikei
  • TEMPATAN

Bantuan asas mula diedarkan di Sarikei

Utusan Sarawak 5 years ago

SARIKEI: Bantuan berupa makanan asas telah mula diedarkan kepada penduduk-penduduk di kawasan yang terjejas berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan dari Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang tersebut kini sedang diedarkan kepada penduduk oleh jentera Pemuda PBB N.41 Kuala Rajang.

Ketua Pemuda PBB N.41 Kuala Rajang, Mohd Tazullah Khan berkata, bantuan tersebut diedarkan secara berperingkat di kampung sekitar daerah Tanjung Manis.

“Selain itu, kami juga mengedarkan bantuan ini kepada penduduk di beberapa buah rumah panjang termasuk Stalun dan Sebayang.

“Bantuan ini akan disalurkan dari semasa ke semasa. Ia bertujuan untuk meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh penduduk dikawasan terjejas” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak, semalam.

Ujarnya, beliau juga ingin berterima kasih kepada seluruh jentera PBB yang bertungkus lumus membantu mengedarkan bantuan tersebut kepada penduduk-penduduk dikaqasan-kawasan yang terjejas.

“Bantuan ini membuktikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat terutama ketika negara dilanda musibah seperti apa yang berlaku kepada negara kita pada masa ini,” ujarnya.

Tambahnya, bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan adalah kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira sempadan politik, agama dan kaum.

Continue Reading

Previous: PKP: Sarawak kekal 7 malam hingga 7 pagi
Next: PDRM, RELA periksa 21 kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.