Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Rakyat lantik Ahmad Shahril sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
  • BISNES

Bank Rakyat lantik Ahmad Shahril sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bank itu bermula 9 November 2024.

Menurut Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini, Ahmad Shahril yang juga  merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan menggantikan Datuk Mohammad Hanis Osman yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya bagi mengejar peluang baharu.

“Pelantikan Ahmad Shahril bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan operasi Bank Rakyat berjalan lancar.

“Pelan peralihan ini membuktikan komitmen Bank Rakyat untuk terus memberikan nilai kepada pelanggan dan pemegang berkepentingannya. Kami yakin pelantikan ini akan terus membawa Bank Rakyat ke hadapan selain mencapai objektif strategik kami,” katanya.

Bank Rakyat berkata pihaknya telah merangka pelan penggantian untuk pengisian jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang akan diumumkan kelak.

Ahmad Shahril mempunyai pengalaman selama lebih 26 tahun dalam industri perbankan dan kewangan serta mempunyai kelayakan akademik yang luas.

“Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kewangan dan Perakaunan dari University of Salford, United Kingdom serta Ahli Bertauliah di Chartered Institute of Islamic Finance,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan
Next: Sistem tanpa tunai BSN mudahkan urusan – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.