Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Muamalat lancar pelan ASB Smart Education
  • BISNES

Bank Muamalat lancar pelan ASB Smart Education

Utusan Sarawak 17 hours ago
BANK Muamalat lancar pelan ASB Smart Education. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) hari ini melancarkan pelan ASB Smart Education, sekali gus menjadi institusi kewangan pertama dalam kalangan ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang menawarkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berfokuskan pendidikan.

Bank Muamalat menjelaskan pelancaran itu memperkukuh hubungan strategik antara pihaknya dan ASNB di samping mencerminkan aspirasi bersama dalam memperluas akses kepada penyelesaian kewangan patuh syariah yang progresif, inklusif dan mampan.

“Usaha itu selaras dengan seruan Bank Negara Malaysia supaya institusi kewangan terus memacu inovasi sektor kewangan melalui kerjasama strategik,” tambah bank itu dalam kenyataan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Khairul Kamarudin berkata, pengenalan ASB Smart Education mencerminkan komitmen berterusan Bank Muamalat dalam memperkasakan kesejahteraan kewangan pelanggan melalui pendekatan yang berstruktur dan berorientasi masa hadapan.

“Kami melihat keperluan untuk menghubungkan perancangan pelaburan dengan matlamat pendidikan secara lebih strategik, khususnya dalam persekitaran kos pendidikan yang semakin mencabar.

“Melalui kerjasama erat dengan ASNB, kami berupaya memanfaatkan kekuatan kedua-dua institusi bagi menyediakan akses kepada instrumen pelaburan yang tersusun, sekali gus membolehkan keluarga Malaysia membina asas kewangan yang lebih mampan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata Inisiatif itu uga selari dengan aspirasi pihaknya untuk memupuk budaya pelaburan berdisiplin dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi akan datang.

Menurut Bank Muamalat, ASB Smart Education dirangka sebagai instrumen kewangan yang mengintegrasikan elemen pelaburan dan pembiayaan bagi membolehkan ibu bapa atau penjaga membina portfolio simpanan pendidikan bagi benefisiari di bawah umur 18 tahun.

“Melalui pendekatan ini, pelanggan berupaya memanfaatkan kuasa pengkompaunan serta disiplin pelaburan secara konsisten sejak peringkat awal, sekali gus memperkukuh asas kewangan keluarga.

“Kemudahan ini turut menawarkan struktur pembiayaan yang fleksibel dengan tempoh yang boleh disesuaikan, di samping pelan pembayaran yang direka untuk mengoptimumkan keupayaan aliran tunai  pelanggan,” jelas bank itu.

Bank Muamalat menjelaskan pendekatan itu membolehkan perancangan kewangan dilaksanakan secara lebih holistik, tersusun dan berdaya tahan dalam menghadapi komitmen pendidikan masa hadapan yang semakin meningkat.

Secara keseluruhannya, inisiatif itu bukan sahaja memperkukuh ekosistem kewangan yang inklusif, malah juga menyokong agenda nasional dalam membentuk masyarakat yang celik kewangan, berdisiplin dalam pelaburan dan berdaya tahan dari segi ekonomi, tambahnya.

Layari www.muamalat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ASB Smart Education. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Industri lada negara terus berkembang, sumbang RM2.27 bilion pada 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.