Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Muamalat ejen pertama edar Wakaf ASNB
  • BISNES

Bank Muamalat ejen pertama edar Wakaf ASNB

Utusan Sarawak 4 weeks ago

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd menjadi ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pertama menjalin kerjasama strategik sebagai saluran pengedaran untuk perkhidmatan Wakaf ASNB.

Menurut bank itu dalam kenyataan, pemegang unit ASNB kini boleh membuat sumbangan Wakaf ASNB dengan mudah melalui cawangan terdekat Bank Muamalat di seluruh negara bermula semalam.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan ketercapaian tetapi juga mengukuhkan komitmen Bank Muamalat dan ASNB dalam menyediakan perkhidmatan wakaf yang telus dan efektif.

“Wakaf ASNB membolehkan pemegang unit mewakafkan unit amanah ASNB mereka iaitu dana tersebut akan kekal sebagai pelaburan pokok dan pulangannya akan disalurkan kepada projek wakaf untuk pembangunan masyarakat dan ummah.

“Perkhidmatan ini diuruskan oleh ASNB Wakalah Sdn Bhd, institusi pengurusan wakaf yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir dana wakaf secara menyeluruh bermula daripada mengumpul dana sehingga menguruskan agihan dana manfaat wakaf kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata kerjasama tersebut memberi peluang kepada pihaknya untuk memperluas perkhidmatan dengan menyediakan penyelesaian kewangan Islam yang memberi impak sosial yang besar untuk mencipta kehidupan lebih baik, bersama.

“Dengan menambah portfolio kami sebagai ejen ASNB pertama bagi Wakaf ASNB, kami dapat memudahkan masyarakat untuk beramal melalui pelaburan dalam unit amanah ASNB yang boleh diwakafkan,” katanya.

Khairul, berkata untuk menggalakkan orang ramai berwakaf, 100 pewakaf pertama yang membuat Wakaf ASNB melalui Bank Muamalat akan menerima baucar e-dompet Touch ‘n Go bernilai RM30.

“Penawaran Wakaf ASNB melalui Bank Muamalat menzahirkan komitmen kami untuk memperkasakan sistem kewangan Islam,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai transaksi Wakaf ASNB di Bank Muamalat, pelanggan boleh melayari laman sesawang bank itu di www.muamalat.com.my atau mengunjungi cawangan bank tersebut yang terdekat.  – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit terus mengukuh pada sesi awal, peniaga sasar paras sokongan RM4.36
Next: Penanaman nanas berpotensi jadi sumber ekonomi baharu luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.