Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Islam serah zakat perniagaan kepada MUIS
  • BISNES

Bank Islam serah zakat perniagaan kepada MUIS

Utusan Sarawak 5 years ago
BANK Islam Malaysia Bhd turut menyumbangkan sebuah van serba guna bernilai RM168,000 kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah dan sumbangan zakat berjumlah RM40,000 kepada Tabung Kebajikan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai bantuan kewangan pengajian kepada mahasiswa yang layak.

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM230,000 bagi tahun kewangan 2019 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Selain itu, ia turut menyumbangkan sebuah van serba guna bernilai RM168,000 kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah dan sumbangan zakat berjumlah RM40,000 kepada Tabung Kebajikan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai bantuan kewangan pengajian kepada mahasiswa yang layak.

Ketua Bahagian Syariahnya, Saiful Anuar Hambali dalam satu kenyataan semalam berkata pada tahun 2019, zakat wakalah yang telah diagihkan oleh Bank Islam bagi menyantuni golongan asnaf di negeri Sabah berjumlah hampir RM950,000.

“Dana zakat tersebut telah dimanfaatkan melalui penyediaan pelbagai kemudahan dan penganjuran program-program bermanfaat kepada golongan sasar.

“Bank Islam akan terus berkongsi rezeki yang diraih dan memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan dan sokongan berkaitan demi kesejahteraan kepada masyarakat umum, khasnya kepada komuniti di mana bank ini beroperasi,” katanya. Menurutnya, antara program yang terlibat adalah pembinaan tujuh buah rumah baharu dan membaik pulih empat rumah di bawah Projek Bantuan Rumah Bank Islam bagi fakir miskin; penyediaan barangan kelengkapan sekolah kepada 120 orang pelajar kurang berkemampuan dari enam buah sekolah terpilih menerusi program Jom ke Sekolah dan agihan fisabilillah kepada badan bukan kerajaan, surau serta sekolah.-Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia, India perkukuhkan kerjasama
Next: Pengunjung dibenarkan masuk lapangan terbang – MAHB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.