Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: RM100,000 bantu penduduk Rumah Edward, Rumah Boniface Bada 
  • TEMPATAN

Banjir: RM100,000 bantu penduduk Rumah Edward, Rumah Boniface Bada 

Utusan Sarawak 3 months ago
Dato Sri Dr Stephen Rundi meninjau keadaan kawasan terjejas banjir di Rumah Edward dan Rumah Boniface Bada, Suai. Foto UKAS

SUAI (Miri): Prihatin dengan kesukaran dihadapi penduduk akibat banjir luar biasa, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi membantu penduduk di Rumah Edward dan Rumah Boniface Bada.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena turun padang meninjau situasi di kawasan yang terjejas baru-baru ini.

Lawatan itu dilakukan menggunakan bot penduduk kerana jalan utama masih dinaiki air menyebabkan akses kenderaan terputus.

Ketika berucap di Rumah Boniface Bada, beliau mengumumkan bahawa setiap rumah panjang akan menerima RM50,000 sebagai bantuan segera kepada mangsa banjir.

“Saya berharap peruntukan ini dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas dan memastikan mereka mendapat keperluan asas sepanjang tempoh pemulihan,” katanya.

Walaupun penduduk tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan kerana rumah panjang mereka bertiang dua tingkat, mereka tetap berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan kering kerana laluan utama tidak dapat dilalui.

Banjir di Rumah Edward masih berada pada paras membimbangkan dengan air memenuhi pekarangan dan ruang tamu, manakala di Rumah Boniface Bada, air mula surut tetapi jalan masih terputus hubungan.

Dalam lawatan itu, Stephen Rundi turut memberi perhatian kepada cadangan menaik taraf tebing sungai di Rumah Boniface Bada untuk mengelakkan limpahan air pada masa akan datang. 

Selain itu, beliau menegaskan perlunya kajian semula terhadap jalan utama yang rosak teruk akibat banjir, bagi memastikan akses lebih baik kepada penduduk, terutama mereka yang bergantung kepada laluan itu untuk aktiviti pertanian.

Turut hadir, Residen Miri Galong Luan, Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis, bekas Temenggong Wilson Atong Limping serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Collin Patan.

Continue Reading

Previous: Sistem LPR berkuat kuasa dalam kawasan Icom Square
Next: Jangan ambil kesempatan ketika musibah berlaku

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.