Jangan ambil kesempatan ketika musibah berlaku

Facebook
WhatsApp

BINTULU: Beberapa individu tidak bertanggungjawab telah dikesan cuba mengambil kesempatan di kawasan yang terjejas banjir.

Kehadiran golongan tersebut yang dipercayai ‘scavengers’ (pencari barang-barang yang dibuang) menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mangsa banjir, yang sudah berdepan kesulitan akibat bencana tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa atau pemimpin komuniti jika mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

“Kita perlu bekerjasama memastikan keselamatan mangsa banjir dan harta benda mereka. 

“Jangan biarkan mereka menambah kesengsaraan orang lain,” kata kenyataan dari Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang