Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir reda, lima PPS ditutup
  • WILAYAH

Banjir reda, lima PPS ditutup

Utusan Sarawak 2 months ago
BERHATI–HATI… Situasi banjir di sekitar Kanowit semalam. -Foto kredit Bomba

SIBU: Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang sebelum ini menempatkan mangsa banjir di Kapit, Song, Kanowit dan Sibu Jaya ditutup dengan rasmi, hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), keputusan tersebut dibuat setelah keadaan banjir semakin pulih dan paras air kembali surut.

“Di Bahagian Sibu, PPS Dewan Serbaguna Selangau, PPS Dewan Komuniti Sibu Jaya, dan PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit ditutup secara berperingkat.

“PPS Dewan Serbaguna Selangau ditutup pada 12.00 tengahari, diikuti dengan Dewan Komuniti Sibu Jaya pada 1.00 petang dan Dewan Kompleks Sukan Kanowit pada 5.00 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala di Bahagian Kapit, jelasnya, PPS Asrama Belia Kapit dan PPS Dewan Suarah Kapit masing-masing ditutup pada 9.00 pagi hari ini.

Penutupan kelima-lima PPS ini menandakan banyak kawasan kembali ke keadaan normal selepas dilanda banjir yang melanda bermula Khamis lalu.

OLEH TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: MJKR Lawas terus perkasa keselamatan jalan raya
Next: Sibu: Dua PPS terakhir ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.