Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Mangsa di Tatau terus meningkat
  • WILAYAH

Banjir: Mangsa di Tatau terus meningkat

Utusan Sarawak 3 months ago

Keadaan semasa di PPS Dewan SMK Tatau dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 521 orang. 

TATAU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SMK Tatau terus meningkat, dengan 521 orang direkodkan setakat jam 8.40 pagi tadi.

Daripada jumlah tersebut, 483 mangsa adalah penduduk dari Kampung Seberang, Kampung Baru, dan Kampung Dagang, manakala 38 orang merupakan mangsa tanah runtuh dari Rumah Gumbang dan Rumah Cherurai.

PPS Rumah Steven Jeli pula kekal menempatkan seramai 34 mangsa banjir sejak ia dibuka.

Sementara itu, laporan terkini dari Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) pada jam 11.00 pagi menunjukkan paras air sungai di kawasan Pekan Tatau dan Muput masih berada pada tahap bahaya, berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat terus bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pemindahan tambahan jika keadaan banjir bertambah buruk.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Banjir: Syarikat di Bintulu sumbang 20 unit bot fiber 
Next: Jumlah mangsa banjir di Sibu meningkat kepada 988 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.