Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Mangsa cecah 10,950, dua PPS baharu dibuka
  • SEMASA

Banjir: Mangsa cecah 10,950, dua PPS baharu dibuka

Utusan Sarawak 3 months ago

Kawasan banjir di Gedong. Foto APM

KUCHING: Pemindahan jumlah mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus meningkat yang melibatkan 10,950 mangsa daripada 3,096 keluarga (KIR).

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) setakat 6 petang, dua PPS baharu dibuka iaitu PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong dan PPS Haji Bujang Rangawan.

Penambahan dua PPS itu sekali gus menjadikan jumlah PPS yang beroperasi meningkat kepada 59 PPS di enam bahagian iaitu Bahagian Bintulu, Serian, Samarahan, Kuching, Miri dan Sibu.

Bahagian Bintulu kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,350 orang dengan sembilan PPS beroperasi dan mencatatkan peningkatan di PPS Naim Paragon (1,689 mangsa). 

Selain itu, daripada 19 PPS yang beroperasi di Bahagian Serian, PPS Slabi Entukuh dan PPS Gelanggang Futsal Tertutup Serian masing-masing menunjukkan peningkatan jumlah mangsa dengan 59 mangsa di PPS Slabi Entukuh dan 143 mangsa di PPS Gelanggang Futsal tertutup Serian.

Di Bahagian Samarahan, dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sampun Tebun dan PPS SK Haji Kekali Semera masing-masing mencatatkan peningkatan ketara dengan 110 dan 303 mangsa berbanding 86 dan 81 mangsa setakat 8 pagi tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa di empat PPS di Bahagian Kuching menunjukkan penurunan daripada 495 setakat 8 pagi kepada 475 pada 6 petang.

Bahagian Miri dan Sibu masing-masing menyaksikan jumlah mangsa kekal iaitu seramai 608 dan 237 mangsa.

Selain itu, dua PPS turut dibuka bagi menempatkan mangsa tanah runtuh di Bahagian Miri, manakala satu PPS menempatkan sembilan keluarga mangsa kebakaran di Bahagian Sibu.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Penduduk Lereng Bukit Miri akan dipindah
Next: Banjir: MUT tangani gangguan bekalan elektrik, air untuk dipulih segera – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.