Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir kilat di Muar, dua jalan utama terputus
  • NASIONAL

Banjir kilat di Muar, dua jalan utama terputus

Utusan Sarawak 5 years ago
BANJIR… Hujan yang lebat awal pagi semalam sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Daerah Muar, turut mengakibatkan dua jalan utama dinaiki air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan berat mahupun ringan. • Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Hujan yang lebat awal pagi semalam sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Muar, turut mengakibatkan dua jalan utama dinaiki air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan berat mahupun ringan.

Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, hujan lebat yang bermula pukul 5.00 pagi sehingga 9.00 pagi ini, telah  menyebabkan dua jalan terputus hubungan iaitu  Jalan Bakri Batu 9 dan Jalan Bakri Batu 10.

Dua lagi jalan yang dinaiki air iaitu Jalan Kangkar Senangar dan Jalan Dato Haji Kosai, setakat ini masih boleh dilalui kenderaan berat dan ringan.

Terdapat tiga kawasan penempatan penduduk dinaiki air iaitu Kampung Sabak Awor, Taman Bakariah dan Kampung Parit Jamil.

“Hujan lebat melebihi 100 milimeter (mm) mulai pukul 5.00  pagi ini  di beberapa stesen bacaan hujan di daerah ini. 

“Air pasang telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan. Namun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan laporan akan dikemas kini dari semasa ke sesama,” katanya menerusi kenyataan  di sini, hari ini.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan pihak berkuasa serta agensi berkaitan akan sentiasa memantau keadaan semasa, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tekong seludup PATI diburu
Next: 48 individu ingkar arahan PKPP ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.