Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Jumlah mangsa turun sedikit
  • SEMASA

Banjir: Jumlah mangsa turun sedikit

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 996 orang setakat 12.00 tengah hari ini, berbanding 1,001 orang pada 8.00 pagi tadi.

Penurunan ini didorong oleh perkembangan positif di Miri, yang menyaksikan jumlah mangsa berkurang daripada 279 kepada 274 orang.

Sementara itu, jumlah mangsa di bahagian lain kekal tidak berubah, dengan Mukah masih mencatat angka tertinggi iaitu 438 mangsa, diikuti Bintulu (281) dan Sibu (3).

Setakat ini, sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menampung mangsa yang terjejas. 

Walaupun terdapat sedikit penurunan jumlah mangsa, pihak berkuasa terus memantau keadaan banjir, terutama di kawasan yang berisiko tinggi sekiranya hujan berterusan.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Pertambahan tujuh mangsa banjir, jumlah terkini pagi ini 1,001 individu
Next: Ketidakpastian geopolitik membimbangkan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.