Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang
  • SEMASA

Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR FAIL… Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Pandak Hamid Bawong, Sungai Siput pada 18 Oktober lepas. Tinjauan Bernama mendapati banjir yang melanda di beberapa kampung di kawasan Sungai Siput mula menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak kekal dengan 286 orang daripada 78 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) setakat 6 pagi, sebanyak 216 mangsa daripada 59 keluarga dipindahkan di daerah Hilir Perak, Kerian (36 mangsa, 11 keluarga) dan Perak Tengah (34 mangsa, lapan keluarga).

Di Selangor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan  ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam berbanding 61 orang daripada 19 keluarga, malam tadi.

Sementara itu, dua PPS di Betong dan Kuching di Sarawak dibuka bagi menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Next: TVET diperluas pastikan tenaga kerja mampu kendali teknologi canggih – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.