Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Jumlah mangsa di kawasan tengah Sarawak pula naik
  • SEMASA

Banjir: Jumlah mangsa di kawasan tengah Sarawak pula naik

Utusan Sarawak 3 months ago

Sumbangan bantuan makanan di kawasan Mukah. Foto UKAS

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak terus dipantau dengan 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi, menempatkan seramai 4,341 mangsa setakat jam 8.00 malam tadi.

Angka ini menunjukkan penurunan berbanding 4,520 mangsa yang direkodkan pada jam 4.00 petang.

Pada petang tadi, dua PPS telah ditutup, iaitu PPS SK Agama Miri pada jam 2.00 petang dan PPS Dewan Kampung Arus Melayu di Sebuyau, Samarahan, pada jam 2.30 petang.

Setakat ini, semua PPS di Kuching, Serian, Betong, dan Kapit telah ditutup sepenuhnya selepas keadaan kembali pulih tanpa mangsa terjejas.

Di Samarahan, satu PPS masih beroperasi dengan 51 mangsa daripada 17 ketua isi rumah (KIR), manakala Sarikei menempatkan 13 mangsa daripada tiga KIR di satu PPS yang masih dibuka.

Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan lima PPS aktif menempatkan 1,612 mangsa daripada 486 KIR, manakala lima PPS telah ditutup. 

Miri pula mencatatkan tujuh PPS aktif yang menampung 917 mangsa daripada 292 KIR, dengan tujuh PPS lain telah ditutup.

Sibu mempunyai enam PPS aktif yang menempatkan 1,173 mangsa daripada 390 KIR, sementara empat PPS lain telah ditutup. 

Mukah pula mempunyai empat PPS yang masih beroperasi dengan 575 mangsa daripada 202 KIR, sementara tiga PPS telah ditutup.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: PPS: 26 masih aktif, 58 ditutup keadaan banjir semakin pulih
Next: Terkini: Mangsa banjir di Bintulu kembali meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.