Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Jalan ke tiga rumah panjang dinaiki air, tidak boleh dilalui kenderaan  
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: Jalan ke tiga rumah panjang dinaiki air, tidak boleh dilalui kenderaan  

Utusan Sarawak 4 months ago

KANOWIT: Jalan menuju ke tiga rumah panjang kawasan Machan, di sini dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu, Mej (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, faktor air pasang besar dan hujan berterusan menyebabkan kawasan rendah di Daerah Kanowit telah dinaiki air.

Katanya, semasa pemantauan dijalankan pada 11.00 pagi tadi, cuaca hujan dan keadaan air adalah pasang, pemantauan di jeti Machan mendapati paras air lebih kurang 11.0 meter.

“Tinjauan pada petang ini, jalan menuju ke Rumah (Rh) Bagol dinaiki air lebih kurang 0.70M, Rh Bejau dan Rumah Maria lebih kurang 0.85M dan tidak boleh dilalui kenderaan, keadaan di lokasi terkawal,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga kampung banjir, beberapa rumah dinaiki air
Next: Peruntuk RM1.11 juta laksana 15 projek RTP kawasan DUN Engkilili   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.