Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: APM Daerah Saratok keluar amaran kepada warga SK Ulu Kabo
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: APM Daerah Saratok keluar amaran kepada warga SK Ulu Kabo

Utusan Sarawak 4 months ago

SARATOK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok telah memberi arahan agar kakitangan serta guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kabo keluar daripada sekolah tersebut berikutan jambatan utama menuju ke sekolah terbabit tidak dapat dilalui.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata semasa anggota membuat pemantauan, mendapati kawasan sekolah tersebut telah dinaiki air, jambatan utama menuju ke sekolah tersebut tidak dapat dilalui dan jalan utama menuju ke sekolah tersebut juga dinaiki air sedalam 0.33 kaki. 

“Terdapat sebuah pra sekolah yang sudah ditenggelami air. Anggota APM Saratok mengarahkan guru dan kakitnagan sekolah keluar daripada sekolah tersebut sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Nur Athirah berkata fenomena air pasang dan hujan yang berterusan dari semalam telah mengakibatkan kawasan yang terjejas telah dinaiki air.

“Anggota APM telah menasihati warga sekolah supaya berwaspada dengan keadaan semasa kerana bimbang akan sebarang bencana yang terjadi.

“Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan yang melibatkan sebarang mangsa dilakukan,” katanya.

Nur Athirah berkata tiada sebarang bencana dan kemalangan jiwa yang berlaku dan menegaskan keadaan masih terkawal.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mahu LAKIK berperanan jaga kebajikan – Chee
Next: 264 individu terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.