KHARTOUM: Banjir yang melanda di Sudan akibat hujan lebat lebih sebulan telah mengorbankan 89 orang manakala 44 lagi cedera, berdasarkan pengumuman jumlah rekod terbaharu oleh pertahanan awam, kelmarin.
Sebanyak 37,249 rumah dan 150 bangunan awam telah musnah akibat banjir tersebut, tambah kenyataan itu.
Hujan lebat kerap kali berlaku di Sudan antara Jun hingga Oktober, dan terpaksa menghadapi situasi berkenaan setiap tahun.
“Paras air Sungai Nil juga meningkat sepanjang masa sejak catatan bermula lebih dari satu abad yang lalu,” kata kementerian pengairan dan air.
Menurut laporan terkini daripada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan dan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Sudan pada Khamis lalu, setakat tahun ini, seramai 381,770 mangsa telah terkesan akibat banjir.
Darfur utara di sebelah barat dan Sennar yang terletak di selatan negara tersebut antara kawasan yang sangat teruk terjejas ketika berlakunya banjir besar.
Pada 2019, seramai 400,000 orang terkesan sepanjang musim banjir itu, kata jurucakap OCHA. – AFP