Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: 30 mangsa banjir tiga kampung di Dalat dipindahkan
  • WILAYAH

Banjir: 30 mangsa banjir tiga kampung di Dalat dipindahkan

Utusan Sarawak 3 months ago
Seramai 30 penduduk dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Dalat selepas kediaman mereka dinaiki air. 

DALAT: Seramai 30 mangsa banjir dari tiga kampung di daerah ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Dalat, petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa yang terjejas terdiri daripada 10 penduduk Kampung Klid, 15 dari Kampung Medong, dan lima dari Kampung Narub.

Operasi pemindahan yang bermula pada jam 5.30 petang itu melibatkan pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Dalat, serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setakat ini, keadaan banjir masih dipantau, dan pihak berkuasa bersedia mengambil langkah lanjut sekiranya keadaan bertambah buruk.

Continue Reading

Previous: Kerja pembinaan projek tebatan punca banjir kawasan berisiko rendah
Next: Bencana: Penghantaran bantuan makanan ke rumah panjang diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.