Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bangunan terbiar di HSA akan dibuka semula tangani kesesakan 
  • NASIONAL

Bangunan terbiar di HSA akan dibuka semula tangani kesesakan 

Utusan Sarawak 2 years ago
Isu kesesakan pesakit di kawasan poliklinik Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail bakal ditagani dengan pembukaan sebuah bangunan di HSA yang telah terbiar lebih 20 tahun. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU: Sebuah bangunan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang telah terbiar lebih 20 tahun, akan dibuka semula dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan di kawasan poliklinik hospital itu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan bangunan berkenaan dilihat akan membantu dan memberi keselesaan kepada petugas-petugas di hospital itu, dengan beberapa cadangan telah dikemukakan dan dipersetujui agar bangunan yang terbiar itu digunakan.

“Antara cadangan ialah bahagian unit pentadbiran akan dipindahkan ke bangunan ‘Sister Mess’ dan ruang bahagian pentadbiran sedia ada akan dinaik taraf menjadi Klinik Kardiotorasik dan Klinik Pembedahan Plastik.

“Bilik ekokardiogram atau lebih dikenali sebagai echo akan diletakkan sekali dengan Klinik Kardiotorastik yang baharu bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Awal bulan lepas, kerajaan negeri telah menyatakan komitmennya untuk mencari jalan dalam menangani isu kesesakan pesakit di HSA dan Hospital Sultan Ismail. – Bernama

Continue Reading

Previous: Presiden FDAM ‘Mat London’ meninggal dunia
Next: MH17: Malaysia komited cari kebenaran, keadilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.