Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Balak tidak bertuan banjiri perairan Batu Luking, Kanowit
  • WILAYAH

Balak tidak bertuan banjiri perairan Batu Luking, Kanowit

Utusan Sarawak 2 years ago

KAYU BALAK RAKIT... Sepasukan pegawai dan anggota pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu telah menemui lebih kurang 70 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan tiada tanda hak milik dan tiada tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak.

SIBU: Lebih kurang 70 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan tiada tanda hak milik dan tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak ditemui dihanyutkan di perairan Batu Luking, Kanowit, semalam.

Kayu balak itu ditemui oleh sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu dalam tugasan Ops Pensura.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, bertindak atas maklumat aduan awam berkaitan aktiviti kayu balak rakit tersebut sekitar 10.00 pagi, sepasukan pegawai dan anggota pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu telah bergerak menuju ke lokasi berkenaan.

“Bila sampai ke lokasi tersebut, sepasukan pegawai dan anggota pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu telah menemui lebih kurang 70 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz, dengan tiada tanda hak milik dan tiada tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak.

“Kesemua kayu balak rakit berkenaan disyaki diperolehi secara haram,” katanya.

Beliau menambah, anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih kurang RM136,500.

“Kesemua kayu balak rampasan diserahkan kepada Pegawai Perhutanan Bahagian Kanowit untuk tindakan lanjut,” katanya.

Zulkipli mengatakan bahawa laporan rampasan tersebut adalah di bawah Ordinan Perhutanan 2015 oleh pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu, Sarawak.

Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR

Continue Reading

Previous: Apartmen di Tabuan Dayak terbakar 
Next: Wanita terjatuh di dalam bangunan pusat beli-belah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.