Balai Bomba dan Penyelamat Marudi anjur kempen keselamatan Tahun Baharu Cina

Facebook
WhatsApp
BALAI Bomba dan Penyelamat Marudi dengan kerjasama Stesyen minyak Petronas mengadakan kempen keselamatan sambil mengedarkan risalah keselematan kepada orang ramai.

MARUDI: Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, dengan kerjasama Stesen Minyak Petronas Marudi, menganjurkan kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baharu Cina 2026.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi PPK 1, Nasir Razali, merakamkan penghargaan kepada Pengurus Stesen Minyak Petronas, Lena Tiong, atas kerjasama mereka dalam menjayakan kempen tersebut.

Pada masa sama, cenderahati berupa limau mandarin, minuman, makanan ringan, serta risalah keselamatan diagihkan kepada orang ramai.

Beliau berharap kerjasama dengan syarikat korporat dapat diteruskan, bukan sahaja semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina, malah pada perayaan lain seperti Aidilfitri, Gawai Dayak dan Krismas.

Oleh Jiku Juguong

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem