Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bahang TBC kian hangat
  • TEMPATAN

Bahang TBC kian hangat

Utusan Sarawak 3 months ago
ENGGAN LEPASKAN PELUANG… Pengunjung rancak membuat persiapan akhir TBC dengan membeli-belah di Kuching, hari ini.

KUCHING: Berbaki dua hari lagi, masyarakat Cina bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina (TBC) bermula Rabu ini. 

Seperti yang sudah diketahui, kebanyakan pusat beli-belah mengambil peluang untuk mengadakan promosi secara besar-besaran sempena TBC.

Sebagai persiapan akhir perayaan TBC, para pengunjung membeli keperluan asas bagi meraikan perayaan penuh bermakna berkenaan.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak semalam mendapati rata-rata warga kota ‘membanjiri’ pusat beli-belah di Kuching untuk membeli limau Mandarin dan perhiasan rumah seperti tanglung, angpau demi menyemarakkan semangat TBC.

Dalam pada itu, bagi masyarakat Cina, sambutan TBC diserikan lagi dengan hidangan Yee Sang pada majlis makan malam besar.

Yee Sang merupakan simbolik kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.

Menurut kepercayaan, seseorang individu akan diberkati dengan kesejahteraan dan dipanjangkan umur serta dilimpahi tuah apabila menggaul dan memakan Yee Sang.
Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKM Sarawak belanja RM38.434 juta sepanjang 2024
Next: Sasaran 100 pemimpin wanita dalam PERANTIS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.