Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BAC 2025: Soon Huat–Shevon dikejutkan di suku akhir
  • SUKAN

BAC 2025: Soon Huat–Shevon dikejutkan di suku akhir

Utusan Sarawak 4 weeks ago
GOH Soon Huat–Shevon Lai Jemie gagal melepasi halangan untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China hari ini. Foto Facebook Badmintin Association Of Malaysia – BAM

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie gagal melepasi halangan untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China hari ini.

Pasangan suami isteri yang juga pilihan ketiga kejohanan itu dikejutkan dengan kekalahan straight set di suku akhir kepada pasangan ranking ke-25 dunia dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu 15-21, 11-21.

Ia merupakan pertemuan sulung membabitkan kedua-dua beregu.

Malaysia bagaimanapun masih mempunyai wakil dalam kejohanan itu bagi acara beregu lelaki, masing-masing Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Aaron Chia-Sooh Wooi Yik yang akan turun beraksi malam ini.

Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual menentang pasangan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Sementara, Aaron-Wooi Yik berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Bergson ‘mengganas’, JDT belasah Kelantan 9-0
Next: Pandelela terlepas aksi final piala dunia terjun di Kanada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.